
Makanlah dan minumlah dengan penuh kesyukuran.Semoga setiap rezeki mendekatkan lagi kita kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Mulakanlah dengan doa & akhiri dengan doa.Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hendaklah kamu menggunakan tangan kanan ketika makan atau minum kerana sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kiri."
(Sahih R.Ahmad,Muslim & Abu Dawud)
Sahabat-sahabat yang ku kasihi dan dirahmati Allah,
Selamat menantikan solat zuhur & bersama kita saling mendoakan kesejahteraan sesama sahabat,semoga hari kalian dinaungi rahmat dan berkat Allah subhana wata'ala.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabaraktuh.
Saling berpesan ke jalan Allah,salam dzikrullah & selawat.
No comments:
Post a Comment