DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Sunday, 14 October 2012

6 Wasiat Umar al Khattab

6 Wasiat Umar al Khattab

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kpd sebahagian sahabatnya; "Aku berwasiat kpdmu enam perkara :

1-Jika engkau menemukan cela pada seseorg dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih byk darinya.

2-Bila engkau hendak memusuhi seseorg, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yg lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3-Bila engkau hendak memuji seseorg, pujilah ALLAH swt! Kerana, tiada seorg manusia pun lebih byk dlm memberi kpdmu dan lebih santun lembut kpdmu selain DIA.

4-Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5-Bila engkau bersiap2 utk sesuatu, maka bersiaplah utk mati. Kerana,jika engkau tidak bersiap utk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6-Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya."

No comments:

Post a Comment