DOAKU....

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu."

Sunday, 14 October 2012

KISAH YANG BOLEH ANDA BACA....DAN HAYATINYA

KISAH YANG WAJIB ANDA BACA : HAMPIR MENGGADAI SEBUAH KEIMANAN HANYA KERANA 20 SEN.. :)

Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

No comments:

Post a Comment